Monday, March 26, 2018

PROGRAM INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK



24 MAC 2018 SABTU


Seawal jam 8 pagi Sabtu lalu, semua pelatih dan staff Darul Wardah berpeluang ke Program Intervensi Awal Kanak-Kanak : "Super Atuk Super Nenek" di Bangi Convention Centre. Program anjuran MBI, Wadah Salwa, P.T.N.S serta Kids Campus Sdn.Bhd mendedahkan tentang penjagaan bayi yang betul dari panel-panel yang profesional. 



Panel pertama dalam slot Perkembangan Kanak-Kanak Secara Holistik, merupakan Pakar Industri Negara Pendidikan Awal Kanak-Kanak iaitu Puan Hajah Mahanom Basri. Beliau banyak mendedahkan tentang teknik urutan yang betul untuk bayi dan juga kepentingan berinteraksi dengan bayi sejak dari awal kelahirannya. 





sedikit aktiviti semasa slot bersama Puan Mahanom



Panel yang kedua dalam slot Oh Datuk Oh Nenek Kami Sayang pula merupakan Ex GM TM, Executive Director Malaysian Water Academy iaitu Tuan Hj Shaharis Saad. Beliau menegaskan pentingnya perasaan sayang kepada kanak-kanak secara semulajadi bukan paksaan, kerana kanak-kanak boleh merasakan perasaan paksaan itu sekaligus menjauhkan dirinya daripada kita.




Tuan Hj Shaharis dalam slotnya



Sementara itu, di slot yang terakhir; Kepelbagaian Keistimewaan Kanak-Kanak dan Cara Super Grandpa & Super Grandma Memainkan Peranan menampilkan, Dr. Catur Setiowargo iaitu Perunding Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Beliau banyak mendedahkan tentang simptom-simptom kanak-kanak Syndrome Down, ADHD, Autism dan sebagainya. Ibu bapa perlu peka dengan setiap perkembangan kanak-kanak supaya dapat mengesan sekiranya terdapat simptom-simpton penyakit yang disebutkan. 



Bersama para pelatih Darul Wardah


Selesai semua slot, hadirnya Datin Seri Shamsida Taharin, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), memeriahkan lagi suasana dengan ucapan perasmiannya dan juga penyampaian hadiah kepada panel-panel jemputan.


Alhamdulillah, terlalu banyak ilmu yang diperolehi sepanjang seminar ini. Diharapkan ilmu yang diberi dapat dipraktikkan untuk kebaikan anak-anak syurga kelak. InsyaAllah 😊





















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...