Tuesday, January 20, 2009

PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL WARDAH SELANGOR (DARWA)







PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL WARDAH SELANGOR

RUMAH PERLINDUNGAN DAN PEMULIHAN WANITA DARUL WARDAH (DARWA) yang berdaftar di alamat 7B Lorong Sanggul 1F, Bandar Puteri, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan. DARWA mula beroperasi sepenuhnya pada 01 September 2008 dan bernaung di bawah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Selangor.

Pada 14 Mac 2013, DARWA telah berdaftar secara rasminya dengan Jabatan Pendaftaran Petubuhan Malaysia sebagai sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan di bawah Akta Pertubuhan, 1966 dengan nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL WARDAH RUMAH PERLINDUNGAN DAN PEMULIHAN WANITA DARUL WARDAH (DARWA) (PPM-034-10-14032013).


OBJEKTIF
Memberi perlindungan sementara, sokongan moral dan pemulihan dari segi akidah, emosi dan spiritual kepada kaum wanita Islam di seluruh Malaysia.


VISI
Menjana Tamadun Khairu Ummah. 


MISI
1)    Mentarbiah dan mengislahkan golongan yang tersasar daripadacara hidup Islam.
2)   Memberi perlindungan dan mentarbiah saudara baru (mualaf) yang dilanda krisis akidah dan akhlak dan wanita teraniaya. 
3)    Memberi perlindungan dan pemulihan kepada wanita mengandung tanpa nikah
4)    Memberi perlindungan sementara kepada wanita 
5) Membantu dan membimbing remaja perempuan yang tersasar daripada cara hidup Islam untuk kembali kepada Islam yang syumul.
6)   Memberi bantuan khidmat bimbingan fardhu ain, amalan kerohanian, kaunseling dan nasihat guaman. 
7)    Melatih penghuni dengan kemahiran kendiri dan kemahiran hidup.
8)    Menyedarkan masyarakat dengan isu-isu akidah dan akhlak.


   KATEGORI KES
·         Wanita kecelaruan aqidah; mualaf  dan murtad
·         Wanita teraniaya; penderaan fizikal dan mental
·         Mengandung  tanpa nikah; zina, rogol, sumbang mahram
·         Remaja yang terlibat dengan gejala sosial (percubaan)













4 comments:

Pasihah said...

Assalamualaikum....

Saya sedang mencari bayi angkat. Jika ada yang ingin menyerahkan amanah Allah untuk dijaga, saya sangat berbesar hati. Mohon hubungi saya di 0122551227 atau suami saya di 0133991935

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Saya nak tahu..boleh ke kalau daftar kan wanita berumur 54 tahun yg mempunyai masalah akhlak ke sini?

Muhammad Zakwan said...

assalamualaikum..
saya ingin bertanya. sekiranya saya hendak berkahwin dengan wanita yang berada di dalam pertubuhan kebajikan darul wardah.. macam mana? bagi saya, mereka juga manusia yang berhak jua mendirikan rumah tangga.

fariza zahari said...

Assalammualaikum.Saya merupakan pelajar diploma kaunseling. Saya nak bertanya adakah tempat ini menerima pelajar praktikal?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...