Monday, March 26, 2018

PROGRAM INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK



24 MAC 2018 SABTU


Seawal jam 8 pagi Sabtu lalu, semua pelatih dan staff Darul Wardah berpeluang ke Program Intervensi Awal Kanak-Kanak : "Super Atuk Super Nenek" di Bangi Convention Centre. Program anjuran MBI, Wadah Salwa, P.T.N.S serta Kids Campus Sdn.Bhd mendedahkan tentang penjagaan bayi yang betul dari panel-panel yang profesional. 



Panel pertama dalam slot Perkembangan Kanak-Kanak Secara Holistik, merupakan Pakar Industri Negara Pendidikan Awal Kanak-Kanak iaitu Puan Hajah Mahanom Basri. Beliau banyak mendedahkan tentang teknik urutan yang betul untuk bayi dan juga kepentingan berinteraksi dengan bayi sejak dari awal kelahirannya. 





sedikit aktiviti semasa slot bersama Puan Mahanom



Panel yang kedua dalam slot Oh Datuk Oh Nenek Kami Sayang pula merupakan Ex GM TM, Executive Director Malaysian Water Academy iaitu Tuan Hj Shaharis Saad. Beliau menegaskan pentingnya perasaan sayang kepada kanak-kanak secara semulajadi bukan paksaan, kerana kanak-kanak boleh merasakan perasaan paksaan itu sekaligus menjauhkan dirinya daripada kita.




Tuan Hj Shaharis dalam slotnya



Sementara itu, di slot yang terakhir; Kepelbagaian Keistimewaan Kanak-Kanak dan Cara Super Grandpa & Super Grandma Memainkan Peranan menampilkan, Dr. Catur Setiowargo iaitu Perunding Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Beliau banyak mendedahkan tentang simptom-simptom kanak-kanak Syndrome Down, ADHD, Autism dan sebagainya. Ibu bapa perlu peka dengan setiap perkembangan kanak-kanak supaya dapat mengesan sekiranya terdapat simptom-simpton penyakit yang disebutkan. 



Bersama para pelatih Darul Wardah


Selesai semua slot, hadirnya Datin Seri Shamsida Taharin, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), memeriahkan lagi suasana dengan ucapan perasmiannya dan juga penyampaian hadiah kepada panel-panel jemputan.


Alhamdulillah, terlalu banyak ilmu yang diperolehi sepanjang seminar ini. Diharapkan ilmu yang diberi dapat dipraktikkan untuk kebaikan anak-anak syurga kelak. InsyaAllah 😊





















Thursday, March 22, 2018

LAWATAN BAKTI BELIA



KHAMIS 22 MAC 2018


Selain Darul Wardah dikunjungi tetamu, hari ini juga, 2 orang pelajar praktikal di Darul Wardah dari Universiti Sains Islam Malaysia berpeluang mengikuti program Lawatan Bakti Belia di Bait Salam Rumah Mualaf, Jalan Kebun Shah Alam.


Program ilmiah ini dianjurkan oleh Kelab Remaja Srikandi Masjid An-Naim. Program ini sudah dijalankan hingga siri ke 3 setakat ini.



Peserta berpeluang mengikuti Klinik Surah al- Fatihah dan juga sesi taaruf bersama warga mualaf. Sudah tentu ini membuka jalan dakwah untuk mereka yang menyertainya.




Besar harapan agar masyarakat lebih terbuka menyantuni golongan mualaf ini dengan hikmah dan contoh teladan yang baik. Mudah-mudahan pelajar praktikal di Darul Wardah mendapat segala ilmu bermanfaat dari mula hingga akhir. InsyaAllah.



Semoga sama-sama kita ditetapkan hati dalam jalan dakwah ini. InsyaAllah






LAWATAN PENSYARAH USAS



22 MAC 2018 KHAMIS


Assalammualaikum pengunjung-pengunjung DARWA 😊


Alhamdulillah pagi ini kami dikunjungi oleh Cik Nor Hidayah binti Azmi pensyarah dari Universiti Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar Perak.


Kunjugan ini adalah untuk melengkapkan proses penilaian latihan industri 2 orang pelajar USAS di Darul Wardah.


Diharapkan latihan industri ini memberi pengalaman yang berharga untuk mereka. Sekaligus menyemai semangat untuk bersama membantu proses pemulihan pelatih-pelatih di Darul Wardah.


Terima kasih atas kunjungan Cik Nor Hidayah. Semoga Allah memberkati kunjugan ini. InsyaAllah 😊









Monday, March 12, 2018

PROGRAM TAUTAN HATI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SABTU 10 MAC 2018

Alhamdulillah, Sabtu baru-baru ini baru sahaja berjalan program daripada Pelajar Praktikum Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Program dijalankan berobjektif untuk memahami isu-isu yang dihadapi oleh remaja di pusat pemulihan selain untuk menjalankan perkhidmatan kaunseling kepada mereka. Sekaligus dapat memberikan sokongan sosio-emosi kepada mereka di pusat pemulihan ini. 

Kaunseling kelompok antara salah satu aktiviti dijalankan kepada pelatih

Program ini diharap dapat memberi kefahaman tentang isu-isu yang dihadapi oleh remaja dan memberi sokongan terutama dari segi sosio-emosi kepada peserta sesuai dengan objektif penganjurannya. InsyaAllah.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Universiti Kebangsaan Malaysia atas kesudian menganjurkan program untuk anak-anak pelatih Darul Wardah. 

PROGRAM DARI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SABTU 3 MAC 2018

Darul Wardah tidak putus-putus menerima kunjungan ilmiah dari pelbagai pihak. Alhamdulillah Sabtu 3 Mac 2018 En Zool Hilmi bin Mohd Nadzir dari Universiti Sains Malaysia telah mengadakan program di Darul Wardah untuk kursusnya dalam bahagian Sains Kemasyarakatan.






Semoga pencerahan ilmu yang disampaikan oleh Encik Zool Hilmi dapat memberikan impak positif kepada pelatih Darul Wardah khususnya. InsyAllah.

Terima kasih diucapakan kepada Encik Zool Hilmi atas kesudian mengadakan program di Darul Wardah. 😊



Thursday, March 1, 2018

SEKELUARGA TOLAK PORNOGRAFI



AHAD 25 FEBRUARI 2018



Alhamdulillah, Ahad yang lepas, Darul Wardah diberi kesempatan menyertai Program Kempen 'Sekeluarga Tolak Pornografi'. Program berlangsung di Masjid An- Naim Jalan Kebun Shah Alam anjuran bersama WADAH Selangor, Unisel, Smart Selangor, MBI dan juga AJK Masjid An- Naim Jalan Kebun.




Objektif utama penganjuran kempen ini adalah untuk mendidik masyarakat dan keluarga agar menghindari aktiviti pornografi yang semakin membarah dan memberikan kesan negatif kepada peningkatan gejala sosial dalam kalangan masyarakat.




Bertitik tolak dari itu, menggununglah harapan kami agar setiap daripada anggota masyarakat dapat memainkan peranan yang penting agar budaya yang tidak sihat ini mampu ditegah. Mudah-mudahkan segala perkongsian dapat dijadikan panduan dan amalan kepada semua yang hadir. InsyaAllah.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...