Wednesday, February 21, 2018

REZEKI PULUT KUNING

21 FEBRUARI 2018

Alhamdulillah, Darul Wardah sentiasa diperluaskan rezeki. Hari ini kami mendapat pulut kuning bersama kari ayam hasil sumbangan Puan Adzrin.

Baunya pon sudah mengancam, apatah lagi rasanya.

Syukur dengan nikmat Allah.

Semoga diperluaskan dan dimewahkan rezeki Puan Adzrin sekeluarga. Amin




LAWATAN LEMBAGA PELAWAT AR-RIQAB

20 FEBRUARI 2018

Rabu, 20 Februari 2018, Darul Wardah menerima lawatan daripada Lembaga Pelawat Ar-Riqab. 

Syukran dengan kunjungan serta sarana dan  maklumbalas. 

Giatkan ummah dengan dakwah.

Maaf dengan segala kekurangan.


Image result for kuntum khairu ummah

Lembaga Pelawat di Pejabat Pengurusan Darul Wardah


Sedang menandatangani Buku Pelawat Darul Wardah


Jamuan bersama Lembaga Pelawat

Cenderahati untuk Lembaga Pelawat



Lembaga Pelawat Ar- Riqab bersama Ustazah Hazlina ,Ustaz Zawawi dan Puan Nisha di rumah pelatih Darul Wardah


Monday, February 19, 2018

PROGRAM BELIA BAKTI DI BAIT AL MAWADDAH



KHAMIS 15 FEBRUARI 2018



Salam mesra untuk semua pengunjung blog Darul Wardah 😊


Pada hari Khamis yang lepas, Darul Wardah berkesempatan mengikuti Program Belia Bakti di Bait al-Mawaddah Warga Emas Jalan Kebun anjuran Lajnah Muslimat dan Lajnah Keceriaan Masjid An-Naim.


Peserta berpeluang berkenalan dengan warga emas Bait al-Mawaddah serta beramah mesra dengan mereka. Turut diadakan aktiviti bersama mereka seperti menghasilkan kraftangan dari reben. 

Program seperti ini dapat menjejak kasih sayang warga tua serta memberikan mereka secebis kasih sayang dan perhatian daripada masyarakat sekeliling. Kemahiran berkomunikasi yang baik dengan warga emas juga dapat dipraktikkan melalui program seperti ini. 

Jasa ibu dan ayah tak terhingga sepanjang masa. Hargai ibu dan bapa selagi mereka masih bernyawa. Kasih ibu menenangkan, kasih ayah menguatkan. Semoga mereka diberi kesihatan yang baik hingga ke akhirnya. Amin.

Sesi beramah mesra dengan warga emas



Warga emas Bait al-Mawaddah
















Wednesday, February 14, 2018

TERAPI ASMAUL HUSNA



12 JANUARI 2018. ISNIN



Alhamdulillah, Darul Wardah tidak putus-putus menerima tetamu dan juga sumbangan dari pelbagai pihak. Isnin 12 Januari 2018 satu program Terapi Asmaul-Husna telah dijalankan di Darul Wardah melibatkan semua penghuni DARWA. Program ini diketuai oleh Puan Rosmawati, mantan PTD di KPWK putrajaya. Katanya, " saya menemui insight melalui AsmaulHusna". 


Darul Wardah juga menerima sumbangan Tafsir Al-Quran, buku Ku Seru Namamu Ya Allah, Al- Mathurat dan juga Asmaul-Husna.
Sumbangan buku yang diterima Darul Wardah
Pelatihan Terapi Asmaul Husna ini adalah untuk penyembuhan dan penyucian jiwa anak-anak pelatih. Puan Rosmawati yang lebih mesra disapa sebagai "Ummi" menerapkan kepada anak-anak pelatih 99 nama-nama Allah beserta maksudnya dan bagaimana ia berfungsi untuk kita lebih mengenal Allah. Ummi juga mengajarkan zikir dan wirid selepas solat dengan nama-nama Allah yang indah, Asmaul-Husna.


Puan Rosmawati (Ummi) sedang memberi pengisian kepada anak pelatih



Ustazah Hazlina dan Ustaz Zawawi sedang menyampaikan ucapan aluan dan penghargaan kepada Puan Rosmawati
Semoga program ini memberi seribu manfaat kepada semua penghuni Darwa dan ilmu ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian kita. Jutaan terima kasih dikalungkan kepada pihak Puan Rosmawati atas sumbangan ilmu, tenaga, masa yang diberikan kepada Darul Wardah. Semoga Allah memberkahi. InsyaAllah.


Sedikit cenderamata dari pihak Darul Wardah kepada Puan Rosmawati










Monday, February 12, 2018

REVOLUSI JIWA TAUHID REZEKI HALAL



9 FEBRUARI 2018. JUMAAT.


TAZKIRAH JUMAAT:
Revolusi Jiwa Tauhid Rezki Halal

Oleh Ustazah Hazlina Razak di Institut Darul Ehsan.

Bersama-sama kita mendengar pengisian ilmiah penuh berkat ini di link berikut:


https://www.facebook.com/ideselangor/videos/1626792460735001/


Tuesday, February 6, 2018

KURSUS RAHSIA PENGURUSAN BAYI

3 FEBRUARI 2018 (SABTU)

Seawal 8.30 pagi penghuni Darul Wardah dan juga komuniti Jalan Kebun telah bersedia untuk ke Dewan Megawati Kediaman Rasmi YAB Dato' Menteri Besar Selangor untuk menghadiri kursus Rahsia Pengurusan Bayi anjuran PEKAWANIS, P.T.N.S dan juga Kids Campus Sdn. Bhd.

Anak-anak DARWA dan komuniti Jalan Kebun mula menaiki bas


Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Y. Bhg Datin Seri Shamsida Taharin, Yang Dipertua PEKAWANIS. Beliau memperkenalkan panel yang bakal memberi pengisian membuatkan para hadirin teruja untuk memulakan kursus. Seusai ucapannya, majlis diteruskan dengan panel yang pertama iaitu Dr. Catur Setiowargo, Perunding Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Beliau didatangkan khas dari Indonesia. Dr Catur mendedahkan kepada hadirin mengenai persediaan menimang cahaya mata. Seorang bayi perlu menangis seawal dia dilahirkan kerana itu petanda pernafasannya normal. Bayi juga memerlukan susu ibu kerana susu ibu mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh ibu. Maklumat penting Dr Catur ingatkan juga adalah permainan yang paling efektif untuk bayi adalah wajah ibu bapanya sendiri. Bermakna tubuh anda, sentuhan anda merupakan permainan yang penting untuk bayi anda.


Dr. Catur sedang memberi pengisian


Selesai sesi pertama, majlis menjemput Ustazah Hazlina untuk memberikan sedikit pengisian. 5 minit yang diberikan kepada ustazah diisi dengan maklumat yang ringkas dan padat. Ustazah menyarankan kepada hadirin supaya mengamalkan Surah Ibrahim ayat ke 40 untuk dikurniakan zuriat dan keturunan yang sentiasa menjaga solat. Solat yang dijaga menjamin kebahagiaan rumah tangga. 


5 minit yang padat dari Ustazah Hazlina



Sesi kedua disampaikan oleh Puan Hjh Rohaya binti Darael, Mantan Jurulatih Jururawat KKM. Beliau menerangkan cara-cara memandikan bayi dengan betul dan juga kaedah penyusuan bayi. Demonstrasi juga ditunjukkan agar para hadirin lebih memahami pengisianya. Kaedah memandikan dan penyusuan perlu dilaksanakan dengan cara yang betul untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku kepada bayi.


Seusai sesi kedua, kursus diteruskan dengan panel yang terakhir iaitu,  Puan Mazni Dato' Zainal Abidin, Pakar Urutan Bayi. Beliau mendedahkan kaedah urutan yang betul yang perlu dilakukan oleh ibu bapa kepada bayi supaya tidak memudaratkan kesihatan bayi. Sebagai contoh, jika bayi mengalami sakit perut, urutan yang perlu dilakukan adalah bermula dari kiri  dibawa ke kanan. Jika dilakukan sebaliknya, sakit perut tidak akan pulih.

Para peserta tekun mendengar penyampaian yang diberikan



Tepat jam 1 tengah hari, selesai semua sesi dan diadakan sedikit sesi fotografi bersama semua panel dan para peserta kursus. Sebelum bersurai, para hadirin dijamukan dengan jamuan makan tengah hari yang sangat membuka selera.






Sesi fotografi bersama peserta dan panel


Terima kepada semua pengajur yang mengadakan kursus ini. Diharapkan kursus ini dapat memberi jutaan manfaat kepada para peserta khususnya kepada semua penghuni Darul Wardah. Semoga ilmu yang diperoleh dari kursus ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita. InsyaAllah 😊

Thursday, February 1, 2018

SERAHAN WAQAF TAFSIR IBNU KATHIR



24 JANUARI 2018


Alhamdulillah, pada 24 Januari yang lepas, Darul Wardah menerima sumbangan waqaf Tafsir Ibnu Kathir. Melihat kepada perlunya sumber ilmu yang sahih dalam mempelajari Al-Quran & Sunnah, Syarikat IK Dot My Sdn Bhd telah mengambil inisiatif mewujudkan satu program khas iaitu Program Wakaf Kitab Tafsir Ibnu Kathir. Kitab Tafsir Ibnu Kathir, karya Imam Ibnu Kathir ini menjadi bahan rujukan dan kajian utama majoriti umat Islam di seluruh dunia. Bersyukur kepada Allah, Darul Wardah terpilih untuk menerima sumbangan waqaf ini. Alf syukran diucapkan kepada Syarikat IK Dot My Sdn Bhd atas kesudian ini. Semoga sumbangan ini menjadi wasilah untuk para penghuni Darwa memantapkan pengisian jiwa. InsyaAllah.

Sebagai tanda penghargaan, Ustazah Hazlina memberikan Tafsir An-Nur kepada wakil Syarikat IK Dot My Sdn Bhd. Semoga sama-sama kita beroleh manfaat daripada sumbangan ini. 😊


Penyerahan Tafsir Ibnu Kathir kepada Darul Wardah


Penyerahan Tafsir An-Nur kepada wakil Syarikat Ibnu Kathir


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...