Wednesday, September 16, 2015

JALINAN KASIH RAMADHAN BERSAMA PUSPANITA HTAR & SYARIKAT ANTARA TROPIKA SDN. BHD.



Alhamdulillah, kami telah menerima kunjungan ziarah dan pemberian sumbangan daripada PUSPANITA Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) dan Syarikat Antara Tropika Sdn. Bhd. pada bulan Ramadhan yang lalu.


Seramai 12 orang wakil dari PUSPANITA bersama dengan seorang doktor untuk slot kesihatan dan Dato’ Nasaruddin bersama isteri daripada Syarikat Antara Tropika telah hadir untuk program jalinan kasih ini.



 *Ucapan daripada Dato’ Nasaruddin daripada Antara Tropika Sdn. Bhd.


*Ucapan alu-aluan daripada Ustazah Hazlina

*Ceramah kesihatan daripada Dr. Anisah

Selain daripada datang membuat kunjungan ziarah dan penyerahan sumbangan, pihak PUSPANITA juga mengadakan ceramah kesihatan yang disampaikan oleh Dr. Anisah. Dr. Anisah telah menghuraikan dengan jelas tentang penjagaan diri dan persekitaran serta kaedah penjagaan bayi yang baik. Info tersebut amat berguna kepada semua warga Darul Wardah.

*Sumbangan kepada penghuni disampaikan oleh isteri Dato’ Nasaruddin yang juga merupakan ahli PUSPANITA HTAR

*Penyerahan sumbangan barang keperluan dapur oleh Dato’ Nasaruddin


*Cenderahati daripada pihak Darul Wardah.




Kami daripada Darul Wardah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sudi menghulurkan sumbangan kepada kami. Kami mendoakan agar Allah membalas segala kebaikan kelak.

Bersama mengejar mardhatillah J






KUNJUNGAN DAN PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA DARUL WARDAH DARIPADA MBSA



Alhamdulillah pada bulan Ramadhan yang lalu, Allah S.W.T telah melimpahkan rezekiNya yang tidak terhingga kepada Darul Wardah. Pelbagai pihak telah datang memberikan sumbangan sama ada dalam bentuk wang ringgit, barang keperluan mahupun perkongsian ilmu.


Pada 9 Julai yang lalu, pihak MBSA telah datang menyerahkan sumbangan kepada para penghuni Darul Wardah. Mereka bukan sahaja datang ke Darul Wardah malah beberapa juga rumah kebajikan yang lain. 


*Perkongsian ringkas daripada Ustaz Zawawi dan Ustazah Hazlina mengenai latar belakang dan matlamat Darul Wardah


*Wakil daripada MBSA bersalaman dan berkenal-kenalan dengan penghuni Darul Wardah sekaligus memberikan sumbangan


*Alhamdulillah, semua penghuni menerima al-Quran dan kain sembahyang, moga-moga mereka lebih semangat untuk mendekatkan diri dengan Allah S.W.T


Sesungguhnya, sumbangan daripada kalian amat bermakna kepada kami dan itu menjadi bukti serta kekuatan kepada para penghuni bahawa mereka masih diterima oleh masyarakat di luar sana. Masih juga ada pihak yang sudi memandang dan prihatin dengan mereka.

Terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan. Moga Allah membalas setiap kebaikan yang diberikan. J




MAJLIS TADABBUR AL-QURAN MUSLIMAT MASJID AN-NAIM


Pada 28 Jun 2015 yang lalu, Muslimat Masjid An-Naim dengan kerjasama Darul Wardah telah menganjurkan Majlis Tadabbur al-Quran muslimat yang diadakan di Masjid an-Naim.

Semua penghuni Darul Wardah terlibat di dalam program ini dari proses penyediaan cenderahati iaitu menyediakan sampul al-Quran dan menyediakan kuih raya untuk diberikan kepada hadirin yang hadir serta turut serta dalam program tadabbur al-Quran.

Di dalam majlis ilmu ini, hadirin yang hadir dipecahkan kepada 30 kumpulan dan setiap kumpulan mewakili satu juzk. Kemudian, setiap kumpulan mempunyai seorang penyemak al-Quran dan setiap hadirin perlu mentadabbur ayat dari juzk yang dibaca oleh mereka.


Bersempena dengan majlis ini juga, pihak muslimat Masjid an-Naim yang diketuai oleh Ustazah Hazlina telah menjemput dua orang wakil dari Dewan Dakwah Islamiyyah Indonesia untuk memberikan perkongsian.


*Ustaz Zawawi bersama dengan wakil-wakil dari Dewan Dakwah Islamiyyah Indonesia


*Para hadirin yang hadir mendengar perkongsian yang disampaikan oleh Dewan Dakwah Islamiyyah Indonesia.




Sesungguhnya program-program seperti ini dapat mendedahkan para penghuni Darul Wardah dengan majlis ilmu sekaligus membantu dan menyumbangkan tenaga mereka demi kelancaran majlis ini. 

Diharapkan semoga hati-hati mereka terus terikat dengan program ilmu seperti ini.

Wallahu’alam. 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...