Saturday, October 5, 2013

MALAM SINAR SYAWAL

26 RAMADAN 1434H / 4 OGOS 2013

PEMBERIAN SUMBANGAN SYAWAL KEPADA GOLONGAN ASNAF DARULWARDAH

Berbuka puasa 

Tazkirah Maghrib

Antara mereka yang hadir 

Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih bersama







Sumbangan untuk mereka yang berkelayakan termasuk beberapa orang bekas penghuni Darulwardah.

Semoga pemberian yang tidak seberapa ini dapat memberi sinar bahagia menyambut Syawal.

Friday, October 4, 2013

SUMBANGAN RAMADAN SUKARELAWAN SHAH ALAM

19 RAMADAN 1434H / 28 JULAI 2013

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Fida Viantymala Sakrin, Puan Fanty Sakrin sekeluarga dan sahabat yang telah memberi sumbangan besar dan bermakna untuk kami di Darulwardah dan sepuluh keluarga muallaf kami. Semoga puan sekeluarga mendapat keberkatan daripada Allah dan semoga pemberian ini mendapat ganjaran pahala yang dijanjikan Allah. 




“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.” (HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)



“Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.” (HR. At Tirmidzi no 807, ia berkata: “Hasan shahih”)





Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta.” (HR. Bukhari no.1429, Muslim no.1033)



“Dunia itu untuk 4 jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rezeqi oleh Allah serta kefahaman terhadap ilmu agama. Ia bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menyambung silaturahim. Dan ia menyedari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.” (HR. Tirmidzi, no.2325, ia berkata: “Hasan shahih”)



“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)”





Allah Ta’ala berfirman:“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Surah Al-Hadid: ayat 18)




“Orang yang menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka ia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu syurga: “Wahai hamba Allah, kemarilah untuk menuju kenikmatan”. Jika ia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan solat, ia akan dipanggil dari pintu solat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika ia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” (HR. Bukhari no.3666, Muslim no. 1027)





MAJLIS KHATAM AL-QURAN MASJID AN-NAIM

19 RAMADAN 1434H / 28 JULAI 2013



Muslimah yang menyertai Program Tadarus Masjid An-Naim


Penyampaian saguhati oleh Ustazah Hazlina untuk semua muslimah yang terlibat 

Program Tadarus Muslimah Masjid An-Naim telah bermula pada 5 Ramadan 1434 dan berakhir pada 19 Ramadan 1434H. Warga Darulwardah juga terlibat dalam program ini.

Wednesday, October 2, 2013

SINAR RAMADAN - KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS

MAJLIS BERBUKA PUASA DARUL WARDAH
KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS ABIM SELANGOR & DARUL WARDAH
3 RAMADAN 1434H / 12 JULAI 2013

Pemberian sumbangan melalui kempen "Seorang Sekampit Beras" antara ABIM Selangor dan Darul Wardah merupakan antara aktiviti tahunan Darul Wardah. Selain dapat membantu mereka yang memerlukan  ia juga dapat mengeratkan ukhwah di kalangan jemaah. Semoga kempen ini berterusan di masa depan dan kami amat menggalakkan mereka yang ingin menyumbang untuk kempen-kempen akan datang. 

Semoga amal mendapat berkat. Amin

Tazkirah sebelum berbuka puasa

Antara tetamu yang meraikan majlis

Ucapan daripada YDP ABIM 

Ucapan Uztazah Hazlina 

Antara tetamu dan orang-orang yang menjayakan majlis 


Sumbangan kepada muallaf Darulwardah

Antara keluarga yang layak menerima sumbangan

Pemberian sumbangan sekampit beras dan barang keperluan makanan yang lain 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...