Sunday, September 13, 2009

KDEB - Terima Kasih Daun Keladi



12 September 09-; Pihak Darul Wardah telah menerima kunjung hormat tetamu dari Syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB). Rombongan seramai 10 orang itu tiba pada pukul 1.00 tengahari.Mereka diketuai oleh En Ramli, Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi bersama beberapa orang ahlijawatankuasanya.

Mereka datang bertandang untuk menyampaikan sumbangan barangan keperluan dapur seperti beras, gula, garam,minyak,tepung dan bermacam-macam lagi barangan makanan kering. Para penghuni dan warga Darwa yang telah menunggu ketibaan mereka sejak pukul 11.00 pagi lagi begitu teruja sekali terutama kanak-kanak. Mereka mendapat pakaian dan selipar baru untuk keperluan sambutan Hari Raya yang bakal menjelang tiba.

Mereka lebih teruja bila mendapat barang mainan seperti patung beruang dan arnab.Mereka berebut-rebut untuk mendapatkan barangan pilihan mereka.Selepas semua tetamu meninggalkan kediaman kami, salah seorang warga Darwa memaklumkan bahawa suaminya telah seminggu berhenti kerja. Rupa-rupanya dia telah menghantar notis berhenti 24 jam kerana majikannya sentiasa menghalangnya menunaikan solat jumaat.Sekarang dia sedang mencari kerja baru yang lebih sesuai.Sekurang-kurangnya, dia ada masa untuk keluarga dan masa untuk mendalami Islam diwaktu malam.

Kepada semua yang begitu prihatin, terutama En. Raja Hidzir,GMHR di KDEB dan En Ramli,En. Ismail,En Azlan diKDEB yang bersungguh-sungguh menggerakkan usaha membantu ini.Juga beberapa orang pegawai yang kami tidak sempat untuk mengingati nama kalian kerana pertemuan yang begitu singkat.Semoga usaha murni dan amal bakti yang dibuat mendapat reda dan kurnia Allah SWT.Sesungguhnya, bantuan ikhlas kalian dapat memberikan senyuman paling manis buat mereka diAidil fitri.
Harapnya,akan ada ramai lagi hati-hati mulia yang budiman untuk menumpah kasih rahmat Ilahi dibumi Allah yang sementara ini.SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...