Wednesday, January 31, 2018

LAGI SUMBANGAN UNTUK DARUL WARDAH

30 JANUARI 2018

Lagi sumbangan diterima untuk pihak Darul Wardah. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah. Kami menerima sumbangan syampoo dari Encik Jamal wakil Skuad Komunikasi dan Bencana Selangor. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Encik Jamal atas sumbangan ini. Pelatih mendapat banyak manfaat dari sumbangan seperti ini. Semoga dipermudahkan dan diperluaskan rezeki pihak Encik Jamal. Alhamdulillah syukur kepada Allah kami ucapkan.

#kecil bagi anda, besar maknanya bagi kami.

Staff Darul Wardah menerima sumbangan dari Encik Jamal




SUMBANGAN PERABOT DARI PUTRAJAYA

29 JANUARI 2018

Lebih kurang pukul 3.00 petang Isnin lalu, kami menerima sumbangan perabot daripada Dato Razlan dari Putrajaya. Pelbagai jenis perabot kami terima seperti sofa, meja makan, almari, katil, tilam dan rak buku. Bukan itu sahaja, Dato Razlan juga menyumbang pakaian kepada pihak kami. Kesemua sumbangan ini adalah untuk kegunaan pelatih kami dan juga pihak pengurusan Darul Wardah. Sumbangan seperti ini memberi banyak manfaat kepada pelatih kami. Lebih keselesaan dapat diberikan kepada pelatih. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dato Razlan sekeluarga serta staf mereka. Semoga diperluaskan rezeki Dato Razlan sekeluarga dan sumbangan ini menjadi saham akhirat Dato sekeluarga. 

* Kecil maknanya bagi anda, besar maknanya bagi kami. 😊



Barang-barang sedang diturunkan dari lori ke rumah pelatih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...