Wednesday, January 31, 2018

LAGI SUMBANGAN UNTUK DARUL WARDAH

30 JANUARI 2018

Lagi sumbangan diterima untuk pihak Darul Wardah. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah. Kami menerima sumbangan syampoo dari Encik Jamal wakil Skuad Komunikasi dan Bencana Selangor. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Encik Jamal atas sumbangan ini. Pelatih mendapat banyak manfaat dari sumbangan seperti ini. Semoga dipermudahkan dan diperluaskan rezeki pihak Encik Jamal. Alhamdulillah syukur kepada Allah kami ucapkan.

#kecil bagi anda, besar maknanya bagi kami.

Staff Darul Wardah menerima sumbangan dari Encik Jamal




SUMBANGAN PERABOT DARI PUTRAJAYA

29 JANUARI 2018

Lebih kurang pukul 3.00 petang Isnin lalu, kami menerima sumbangan perabot daripada Dato Razlan dari Putrajaya. Pelbagai jenis perabot kami terima seperti sofa, meja makan, almari, katil, tilam dan rak buku. Bukan itu sahaja, Dato Razlan juga menyumbang pakaian kepada pihak kami. Kesemua sumbangan ini adalah untuk kegunaan pelatih kami dan juga pihak pengurusan Darul Wardah. Sumbangan seperti ini memberi banyak manfaat kepada pelatih kami. Lebih keselesaan dapat diberikan kepada pelatih. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dato Razlan sekeluarga serta staf mereka. Semoga diperluaskan rezeki Dato Razlan sekeluarga dan sumbangan ini menjadi saham akhirat Dato sekeluarga. 

* Kecil maknanya bagi anda, besar maknanya bagi kami. 😊



Barang-barang sedang diturunkan dari lori ke rumah pelatih

Friday, January 26, 2018

TERIMA KASIH COMPANY KIAN JOO CANPACK



13013018,

Darul Wardah menerima sumbangan susu bayi dari Company Kian Joo Canpack, Shah Alam

Terima kasih membantu meringankan beban

Besar maknanya bagi anak-anak DARWA

Kecil bagi anda besar maknanya bagi kami 😊






TAFSIR AN NUR SEBAGAI TANDA KENANGAN

Pengerusi MAIS YDH Dato Setia Hj Kusrin B Munawi menerima tanda kenangan dari Darul Wardah berupa buku Tafsir An Nur hasil susunan Ustazah Hazlina Abd Razak. 

Beliau yg juga anak kelahiran Jalan Kebun telah dijemput merasmikan Karnival Masjid an- Naim akhir tahun 2017 lalu

Semoga kita semua dilimpahi rezeki dan kesihatan yang baik dalam meneruskan persada dakwah ini. 😊


SAMBUTAN MAWLID-CINTA RASUL



Sambutan Mawlid -CINTA RASUL di Masjid An Naim Jalan Kebun anjuran Biro Muslimat Masjid yang diketuai oleh Ustazah Hazlina


Seramai 150 muslimat hadir meraikan hari keputeraan baginda Ar Rasul saw


Semoga ikon hebat ini menjadi inspirasi anda semua. Sollu 'ala Nabi.



Anak-anak DARWA bersama Ustazah Hazlina dan Pengurusan DARWA



KELAS MATEMATIK DARI UKM



5 NOV 2017 

Program motivasi diri dan kelas akademik dari mahasiswa Pusat Pengajian Sains Matematik, UKM

Mereka mendedahkan kepada pelatih matapelajaran akademik seperti Matematik, Statistik dan Aktuari. Pelatih juga diterangkan tentang kegunaan Matematik dan Sains dlm kehidupan seharian. 

Satu cabang ilmu bermanfaat yang boleh dipraktikkan oleh pelatih DARWA untuk kelangsungan hidup mereka kelak. InsyaAllah 😊



CAKNA SISWA



PROGRAM CAKNA SISWA

4.11.2017 :- Sekumpulan pelajar dari TAYLOR UNIVERSITY, datang untuk bergotong royong dengan pelatih2 Darwa.

Mereka juga membuat sumbangan rak buku untuk melengkapkan mini perpustakaan yang sedia ada.


Kami sangat mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan dan wakaf buku yang sesuai untuk projek ini

Program yg dianjurkan oleh persatuan Sekrteriat Rukun Negara, Taylor University sangat bermakna kepada kami dan moga menjadi contoh ikutan kepada warga muda yang lain.


































































































































































































































PARA PENCARI TUHAN



HARIAN METRO , SINAR HARIAN



Kisah penuh keinsafan dan kesedaran dari para pencari Tuhan di Darul Wardah Selangor dikongsikan di dalam akhbar Harian Metro.Terima-kasih juga kepada Sinar Harian yang terus menyokong usaha Darul Wardah memberi peluang kedua kepada Para Pencari Tuhan.



Tiada hamba soleh yang tidak punyai masa silam dan tiada pendosa yang tidak punyai masa hadapan. Untuk kita pendosa, harapan selalu ada. Sesunggguhnya keampunan Allah lebih besar dari kemurkaannya.

Para Pencari Tuhan di Sinar Harian

Para Pencari Tuhan di Harian Metro

Tuesday, January 23, 2018

SUMBANGAN ANDA FOOD BANK



Berbaktilah kita selagi ada hayat. Hidup di dunia ini hanyalah sementara.

Hari ini kita di atas, esok mungkin kita ke bawah.

Berkongsilah dan berbagi nikmat Allah kepada insan lain yang kurang bernasib baik dan memerlukan


Kecil bagi anda, besar maknanya bagi kami...

#sebarluaskan








Friday, January 19, 2018

KEMPEN BAHAYA ZINA



Darul Wardah dijemput ke Program Kempen Bahaya Zina anjuran Unit Pembangunan Keluarga JAIS di Sekolah Menengah SS 17 Subang Jaya.

Pendedahan awal perlu diberi agar para pelajar mengetahui akan bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina.
 
Berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus.




TERIMA KASIH ABANG BOMBA



24.11.2017: Latihan memadam kebakaran

Darul Wardah dan Maahad Tahfiz al Fateh bergabung mempelajari cara-cara memadamkan kebakaran.

Program latihan ini dikendalikan oleh En Kamarul dan En Saiful dari Jabatan bomba Negeri Selangor


Mereka berlatih memadamkan kebakaran tong gas dapur menggunakan tong pemadam ABCD.


Ingat!!


“Masa kecil jadi kawan bila besar jadi lawan “- api





Thursday, January 18, 2018

TRIGONA @ KELULUT



Projek terbaru Darwa, Trigona @kelulut.

Banyak bunga yang berkembang mekar akhirnya layu dan gugur.

Alangkah bagusnya kalau ia dapat dihisap oleh sang trigona untuk mereka menghasilkan madu.

Begitulah sunnatullah dalam kitaran alam.

Setiap makhluk punya tugas dan peranan.


Mudah-mudahan berhasil dan bermanfaat.









KUNJUNGAN MAHABBAH



Selamat Datang ke Darul Wardah 
Bertanya khabar menjalin ukhuwwah 
Mendengar cerita dan berbagai kisah 
Nasib manusia dilanda musibah


Terima-kasih sudi bertamu 
Semoga ikatan menjadi padu 
Doa dipohon mengharap restu 
Moga diakhirat kita bertemu




Terima-kasih kpd muslimat dari TTDI yang sudi melapangkan masa menjenguk kami disini..ッ










Monday, January 15, 2018

TEMUBUAL BERSAMA MAJALAH KARANGKRAF



4 Mei 2017 : Temubual majalah terbitan Karangkraf dengan pengerusi Darul Wardah berkaitan dengan isu-isu sosial terutama yang melibatkan generasi wanita muda.

Akhbar ataupun majalah memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat kepada masyarakat sejagat. Muncul golongan wartawan yang komited juga membantu dalam menyalurkan kesedaran mengenai masalah yang menular dalam kehidupan seharian hari ini. Di zaman kecanggihan ilmu sains dan teknologi masa kini, menyampaikan sesuatu melalui media adalah dianggap sangat relevan kerana ia mampu menerjah setiap pelusuk hidupnya masyarakat
.


Friday, January 12, 2018

PERTANDINGAN MEMASAK CITA RASA 4 NEGERI



Pertandingan memasak cita rasa 4 negeri PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL WARDAH SELANGOR...
pada tarikh 27 Oktober 2017

Semoga usaha murni Ustazah Hazlina Razak mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat


IN SYAA ALLAH

Kerjasama dari pihak pengurusan :
* Nisha Roslan
* Aizadina Rohaizad
* Zumrotus
* Wasiatul

Dan juga tidak lupa kepada pelatih pelatih kami yang turut sama menjayakan pertandingan cita rasa 4 negeri ini..

Semoga jalinan ukhuwah kita berkekalan sehingga ke jannah..




Aamiin...












OPENDAY : PERJUMPAAN IBU BAPA DENGAN PIHAK PENGURUSAN DARWA

OPENDAY : Perjumpaan ibubapa dengan pihak pengurusan Darwa sangat penting untuk membina komunikasi dan penyampaian maklumat yang lebih berkesan.
Seringkali terjadi cerita ular lidi menjadi naga..cerita sepuluh sen jadi seringgit..
Dalam mengurus situasi yang mencabar seperti ini, semua pihak mesti bekerjasama dan saling bantu-membantu supaya kekusutan dapat dirungkaikan.



HARI MINGGU DARWA

Hari Minggu Darwa.
Pelatih DARWA bukan sahaja dibimbing dengan ilmu agama, malahan turut dilengkapi dengan ilmu-ilmu kemahiran yang berguna untuk kelangsungan hidup mereka selepas keluar dari Darul Wardah kelak. 

Aktiviti hari minggu kali ini ialah membuat poskad dan popia bersama seorang sukarelawan, Cik Rahah Ramlan. Beliau datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk menyantuni adik-adik Darwa dengan aktiviti2 kemahiran utk memantapkan semula jatidiri dan harga diri insan bergelar wanita.

Terima-kasih daun keladi, semoga berjumpa lagi.



CURAHAN ILMU DARI KETUA SALWA WADAH SELANGOR

Kunjungan Ketua Salwa WADAH Selangor, Puan Hajah Rosma Tazilah ke Darwa untuk berkongsi ilmu dan beramah mesra dgn warga Darwa.
Semoga lebih ramai masyarakat yang peduli dengan anak-anak Darwa yang perlukan curahan ilmu dan kasih-sayang anda.

*Kami mengalu-alukan kehadiran anda untuk mencurahkan ilmu atau apa jua perkongsian untuk kebaikan bersama..


anak-anak WARDA tekun mendengar penyampaian dari Puan Hajah Rosma

Visit from The Star Reporter

6 Feb 2017,
Ms Claire & Ms Wen
Reporter from The Star
Thanks for coming and highlighting the issues
Hope our society aware about this issues since this is not a small problem.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...