Thursday, February 18, 2016

AYUH BERKEBUN LAGI...

Aktiviti berkebun kini telah menjadi antara perkara wajib kepada pelatih Darul Wardah. Selain dari menyihatkan badan, berkebun juga dapat melatih semangat kerjasama antara pelatih dan mengisi masa lapang mereka daripada memikirkan perkara yang tidak berfaedah.


Setiap Sabtu pagi, pelatih akan bersama-sama mencantikkan persekitaran Darul Wardah di samping belajar cara-cara berkebun dengan baik. Kebiasaannya, kerja-kerja yang lebih berat akan dilakukan oleh pelatih yang tidak mengandung manakala bagi pelatih yang mengandung akan membantu kerja-kerja ringan yang lain.

*Membersihkan ranting-ranting yang telah dibuang.. melatih kekuatan stamina.

*Pelatih juga diajar cara menanam sayur kangkung.. jimat cermat amalam mulia J

*Beramai-ramai membersihkan persekitaran Darul Wardah

*Cantas dik.. cantas!

*Bekerjasama membina batas sebelum pokok ditanam...



*Pokok mulberi yang ditanam oleh setiap pelatih.. 

*Bersemangat untuk mencantikkan Darul Wardah.. selagi ada pasu, kita isi tanah sampai penuh.. J



*Batas untuk menanam sayur-sayuran yang dibuat sendiri oleh para pelatih

*Belum siap sepenuhnya...


Tunggu hasilnya dalam entri akan datang...
Terima kasih J

#Moga Allah Redha.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...