Thursday, May 15, 2014

BAHAGIA MENJADI GADIS (BMG)

Program Bahagia Menjadi Gadis (BMG) merupakan antara program utama Darul Wardah sebagai salah satu usaha untuk mencegah kegiatan tidak sihat gadis remaja terutama yang menjurus kepada perbuatan ZINA.

Program ini dijalankan dengan usahasama di antara pihak Darul Wardah dan sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi, kolej-kolej, badan-badan NGO lain dan mereka yang ingin bekerjasama dengan pihak kami. Program BMG ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran dan infomasi kepada anak-anak gadis mengenai kemudaratan mendekati ZINA.

Kami dengan terbuka menerima pelawaan daripada mana-mana pihak untuk bekerjasama dalam memperhebatkan usaha kita untuk menangani masalah berkaitan ZINA yang kian membimbangkan dalam masyarakat Islam di  negara ini.

Semoga usaha kami ini dapat memberi sedikit sumbangan kepada umum dan semoga usaha dakwah ini mendapat keberkatan daripada Allah. Ayuh bersama kami demi generasi, masyarakat, negara dan yang paling penting demi agama kita, ISLAM.



                          



                                  

                                  


Seandainya anda berminat untuk bekerjasama dengan kami dan sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi : 

Ustazah Hazlina - 019-277 4175
Puan Hidayah  - 019-363 6394

PROGRAM IHTIFAL PERDANA 2013 ANTARA RUMAH PERLINDUNGAN DAN KEBAJIKAN ISLAM


Program dianjurkan oleh Dar Assaadah dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 
9 OKTOBER 2014 






Bertolak dari Darul Wardah dengan bas

Sarapan pagi di Das Assaadah 

Jamuan yang disediakan oleh Das Assaadah

Peserta Darul Wardah dalam pertandingan sulaman  manik leher baju kurung 

Hasil yang membanggakan - tempat pertama 



Tempat Pertama - Pertandingan Memasak Hidangan Petang 


Tempat Pertama - Pertandingan Sulaman Manik 

Tempat Ketiga - Pertandingan Kuiz Agama

Saguhati - Pertandingan Nasyid 

 

Pada program tersebut Darul Wardah telah ditabalkan memenangi tempat ketiga secara keseluruhan. Pencapaian yang sangat membanggakan dan syabas kepada semua yang mengambil bahagian dan terima kasih kepada semua sukarelawan dan mereka yang menyokong dan membantu kami.  





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...