Tuesday, September 15, 2009

Mencari Abdul Rahman Auf Di Akhir Zaman

Beberapa hari yang lalu pihak Darwa telah dihubungi seorang 'Insan Budiman' dari Kuala Selangor.Beliau menyatakan hajat hatinya untuk turut sama menyumbang bagi menggerakkan program tarbiyah dan Dakwah di Darul Wardah. Alhamdulilah.Masih ramai rupanya insan budiman diluar sana yang ingin membantu. Beliau juga turut menceritakan usaha kebajikan yang dibuat itu kepada isterinya dan isterinya juga turut berminat untuk turut menyumbang sama.

Walaupun pihak kami tidak mengenali beliau sekeluarga, namun ikatan ukhuwwah imaniyyah yang terasuh dalam sanubari insan bertakwa dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan amalan.Inilah antara sifat mulia yang wajar disemai dalam jiwa dan sanubari setiap insan muslim yang bertakwa.

sesungguhnya sedekah ialah amalan sunat yang dianjurkan dan digalakkan kepada umat Islam, tidak kira status atau taraf hidup mereka.Malah amalan mulia ini bukan hanya kepada orang-orang kaya, tetapi mereka yang berpendapatan rendah juga disarankan melakukannya, menurut kadar kemampuan masing-masing.

Namun semangatpengorbanan para sahabat Rasulullah SAW wajar dijadikan contoh ikutan. Ketika panggilan jihad berkumandang, para sahabat bersegera menawarkan bantuan dan sumbangan.Ada yang menyumbang sebahagian hartanya dan ada yang menyumbanngkan seluruh hartanya untuk perjuangan.Antar yang banyak menyumbang ialah seorang saudagar yang bernama Abdul Rahman Bin Auf.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : Tangan yang di atas (orang yang memberi) itu lebih baik daripada tangan yang di bawah (yang menerima).


Keutamaan bersedekah adalah lebih digalakkan pada bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain. Apakah keistimewaannya bersedekah pada bulan ini?
Rasulullah s.a.w. ditanya: "Wahai Rasulullah, apakah bentuk sedekah yang paling afdal?'' Jawab Baginda: Kamu bersedekah dalam bulan Ramadan. (Riwayat Muslim)

Bulan Ramadan ini banyak keistimewaannya antaranya ialah : Kelebihan orang yang bersedekah dalam bulan Ramadan ini, ia umpama satu Akademi Latihan. Apatah lagi, tujuan yang paling besar daripada ibadah Ramadan ini sebagaimana yang ditegaskan di dalam surah al-Baqarah ayat 183 bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. Maknanya semua orang Islam akan melalui proses latihan ini untuk membina insan bertakwa.Namun tidak semua orang akan berjaya dan lulus dalam ujian ini seperti generasi para sahabat yang terdahulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...