Thursday, March 12, 2009

Berziarah Menambat Ukhuwwah

Para tetamu sedang diberi taklimat tentang DW dan isu-isu yang sedang ditangani hari ini oleh salah seorang pengurus DW.

Shah Alam - 12 Mac 2009 - Darul wardah telah menerima tetamu jauh dari Negeri Di Bawah Bayu, Sabah. Lawatan yang diketuai oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah YB. DATO’ HAJAH AZIZAH BINTI DATUK SERI PANGLIMA HJ. MOHD. DUN tiba pada pukul 10.00 pagi.

Turut bersama dalam lawatan itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian dan setiausaha akhbar beliau dan pemandu. Mereka tiba di DW dengan dua buah kereta rasmi ( Volvo - Kalau di Selangor Camry ).

Tujuan kunjungan mereka adalah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan pihak DW kerana mereka juga mempunyai tujuan yang sama untuk dilaksanakan di Sabah.

Pihak DW amat terharu dengan kepercayaan masyarakat kepada usaha yang dilakukan ini mendapat sokongan dan dokongan dari masyarakat walaupun kadang ada yang sinis dan juling dengan usaha yang amat kecil ini.

WJ

1 comment:

Anonymous said...

pedulikan kalau mereka tidak mahu memandang
pedulikan kalau mereka tidak mahu mendengar
pedulikan kalau mereka tidak mahu memahami
pedulikan kalau mereka tidak memperdulikan
Kita hanya merasa sangat kecewa jika Yang Esa tidak mahu melihat, mendengar, meahami dan memperdulikan kita

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...