Wednesday, January 28, 2009

BUKU-BUKU UNTUK DIJUAL BAGI MENDALAMI PERJUANGAN ABIM








































Kepada yang ingin membeli buku diatas ini boleh menghubungi Ustaz Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni selaku Yang Di Pertua ABIM Negeri Selangor, di talian 03-55118994 atau email untuk tempahan (xawawi@yahoo.com)





Tuesday, January 20, 2009

DARUL WARDAH (PUSAT PERLINDUNGAN WANITA) "RUMAHKU SYURGAKU"






















KAMI MEMOHON SUMBANGAN DAN WAKAF UNTUK RUMAH PERLINDUNGAN WANITA INI

Saya bagi pihak pengurus DARUL WARDAH ingin memohon simpati dan sumbangan kepada encik,cik,tuan,puan,datuk,datin serta kaum muslimin,muslimat agar dapat menghulurkan sedikit sumbangan serta mewakafkan kepada DARUL WARDAH iaitu Rumah Perlindungan Wanita bagi melancarkan lagi urusan dalam membimbing insan-insan terinaya.

Sumbangan yang kami perlukan adalah berupakan seperti berikut :

Sumbangan makanan untuk sebulan (agaran sebulan Rm 600)
Computer terpakai untuk merekod data penghuni Darul Wardah
Printer
Sumbangan berupa wang tunai,cek,wang pos (nombor akaun bank muamalat atas nama Helwa ABIM Selangor 1204-000-2343-71-1)
Barangan Elektrik seperti kipas anggin,ion baju,mesin basuh,thermos air dan sebagainya.
Kos untuk pemasangan talian telefon/fax dan streymx (angaran Rm 500)
Wakaf kenderaan terpakai motorsikal,kereta atau van.
Perabot bagi melengkapkan sebuah rumah (sofa,meja,kerusi,tikar getah,kapet dan sebagainya)
Keperluan pakaian (pakaian sekolah untuk perempuan,telekung,sejadah dan sebagainya)
Buku teks, buku ulangkaji sekolah rendah (darjah 1 hingga darjah 6)
Al-Quran dan Surah Yassin
Buku panduan solat, buku panduan islam, dan sebagainya.
Penyidai pakaian
Rak kasut
Rak fail
Write box
Sukarelawan bagi mengajar kelas-kelas bimbingan.

DARUL WARDAH (PUSAT PERLINDUNGAN WANITA)

Tujuan penubuhan Pusat perlindungan ini adalah untuk menjadi tempat perlindungan sementara kepada wanita-wanita teraniaya , mangsa dera dan lain-lain keadaan yang difikirkan sesuai.

Kami memerlukan dana sebanyak Rm 30,000 untuk pengurusan, penyelenggaraan, kebajikan dan pengendalian program dan aktiviti untuk selama setahun.

Kami amat mengalu-alukan kepada para dermawan dan hartawan budiman untuk menyumbang saham akhirat ini untuk kebaikan ummah dan
dakwah Islamiyyah.

PERKHIDMATAN DARUL WARDAH

  1. Tele - kaunseling
  2. OSCC (One Stop Crisis Center)
  3. Pusat Perlindungan
  4. Kelas Pengukihan Aqidah dan Fardu Ain
  5. Rundingan Guaman
  6. Khidmat Bimbingan & Kaunseling

MATLAMAT DARUL WARDAH

  • Memberi pelindungan sementara dan sokongan moral kepada saudara baru (mualaf) dan wanita teraniaya.
  • Memberi bantuan khidmat bimbingan farhu ain, amalan kerohanian, kaunseling dan nasihat guaman.
  • Melatih penghuni dengan kemahiran kendiri dan kemahiran hidup.
  • Menawarkan perlindungan terutamanya kepada pesakit tanpa waris.

FUNGSI DARUL WARDAH

Sebagai One Stop Crisis Center (OSCC) yang bertujuan memberi bantuan kepada yang memerlukan.

PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL WARDAH SELANGOR (DARWA)







PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL WARDAH SELANGOR

RUMAH PERLINDUNGAN DAN PEMULIHAN WANITA DARUL WARDAH (DARWA) yang berdaftar di alamat 7B Lorong Sanggul 1F, Bandar Puteri, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan. DARWA mula beroperasi sepenuhnya pada 01 September 2008 dan bernaung di bawah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Selangor.

Pada 14 Mac 2013, DARWA telah berdaftar secara rasminya dengan Jabatan Pendaftaran Petubuhan Malaysia sebagai sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan di bawah Akta Pertubuhan, 1966 dengan nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL WARDAH RUMAH PERLINDUNGAN DAN PEMULIHAN WANITA DARUL WARDAH (DARWA) (PPM-034-10-14032013).


OBJEKTIF
Memberi perlindungan sementara, sokongan moral dan pemulihan dari segi akidah, emosi dan spiritual kepada kaum wanita Islam di seluruh Malaysia.


VISI
Menjana Tamadun Khairu Ummah. 


MISI
1)    Mentarbiah dan mengislahkan golongan yang tersasar daripadacara hidup Islam.
2)   Memberi perlindungan dan mentarbiah saudara baru (mualaf) yang dilanda krisis akidah dan akhlak dan wanita teraniaya. 
3)    Memberi perlindungan dan pemulihan kepada wanita mengandung tanpa nikah
4)    Memberi perlindungan sementara kepada wanita 
5) Membantu dan membimbing remaja perempuan yang tersasar daripada cara hidup Islam untuk kembali kepada Islam yang syumul.
6)   Memberi bantuan khidmat bimbingan fardhu ain, amalan kerohanian, kaunseling dan nasihat guaman. 
7)    Melatih penghuni dengan kemahiran kendiri dan kemahiran hidup.
8)    Menyedarkan masyarakat dengan isu-isu akidah dan akhlak.


   KATEGORI KES
·         Wanita kecelaruan aqidah; mualaf  dan murtad
·         Wanita teraniaya; penderaan fizikal dan mental
·         Mengandung  tanpa nikah; zina, rogol, sumbang mahram
·         Remaja yang terlibat dengan gejala sosial (percubaan)













LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...