Friday, January 19, 2018

KEMPEN BAHAYA ZINA



Darul Wardah dijemput ke Program Kempen Bahaya Zina anjuran Unit Pembangunan Keluarga JAIS di Sekolah Menengah SS 17 Subang Jaya.

Pendedahan awal perlu diberi agar para pelajar mengetahui akan bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina.
 
Berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus.




TERIMA KASIH ABANG BOMBA



24.11.2017: Latihan memadam kebakaran

Darul Wardah dan Maahad Tahfiz al Fateh bergabung mempelajari cara-cara memadamkan kebakaran.

Program latihan ini dikendalikan oleh En Kamarul dan En Saiful dari Jabatan bomba Negeri Selangor


Mereka berlatih memadamkan kebakaran tong gas dapur menggunakan tong pemadam ABCD.


Ingat!!


“Masa kecil jadi kawan bila besar jadi lawan “- api





Thursday, January 18, 2018

TRIGONA @ KELULUT



Projek terbaru Darwa, Trigona @kelulut.

Banyak bunga yang berkembang mekar akhirnya layu dan gugur.

Alangkah bagusnya kalau ia dapat dihisap oleh sang trigona untuk mereka menghasilkan madu.

Begitulah sunnatullah dalam kitaran alam.

Setiap makhluk punya tugas dan peranan.


Mudah-mudahan berhasil dan bermanfaat.









KUNJUNGAN MAHABBAH



Selamat Datang ke Darul Wardah 
Bertanya khabar menjalin ukhuwwah 
Mendengar cerita dan berbagai kisah 
Nasib manusia dilanda musibah


Terima-kasih sudi bertamu 
Semoga ikatan menjadi padu 
Doa dipohon mengharap restu 
Moga diakhirat kita bertemu




Terima-kasih kpd muslimat dari TTDI yang sudi melapangkan masa menjenguk kami disini..ッ










Monday, January 15, 2018

TEMUBUAL BERSAMA MAJALAH KARANGKRAF



4 Mei 2017 : Temubual majalah terbitan Karangkraf dengan pengerusi Darul Wardah berkaitan dengan isu-isu sosial terutama yang melibatkan generasi wanita muda.

Akhbar ataupun majalah memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat kepada masyarakat sejagat. Muncul golongan wartawan yang komited juga membantu dalam menyalurkan kesedaran mengenai masalah yang menular dalam kehidupan seharian hari ini. Di zaman kecanggihan ilmu sains dan teknologi masa kini, menyampaikan sesuatu melalui media adalah dianggap sangat relevan kerana ia mampu menerjah setiap pelusuk hidupnya masyarakat
.


Friday, January 12, 2018

PERTANDINGAN MEMASAK CITA RASA 4 NEGERI



Pertandingan memasak cita rasa 4 negeri PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL WARDAH SELANGOR...
pada tarikh 27 Oktober 2017

Semoga usaha murni Ustazah Hazlina Razak mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat


IN SYAA ALLAH

Kerjasama dari pihak pengurusan :
* Nisha Roslan
* Aizadina Rohaizad
* Zumrotus
* Wasiatul

Dan juga tidak lupa kepada pelatih pelatih kami yang turut sama menjayakan pertandingan cita rasa 4 negeri ini..

Semoga jalinan ukhuwah kita berkekalan sehingga ke jannah..




Aamiin...












OPENDAY : PERJUMPAAN IBU BAPA DENGAN PIHAK PENGURUSAN DARWA

OPENDAY : Perjumpaan ibubapa dengan pihak pengurusan Darwa sangat penting untuk membina komunikasi dan penyampaian maklumat yang lebih berkesan.
Seringkali terjadi cerita ular lidi menjadi naga..cerita sepuluh sen jadi seringgit..
Dalam mengurus situasi yang mencabar seperti ini, semua pihak mesti bekerjasama dan saling bantu-membantu supaya kekusutan dapat dirungkaikan.



HARI MINGGU DARWA

Hari Minggu Darwa.
Pelatih DARWA bukan sahaja dibimbing dengan ilmu agama, malahan turut dilengkapi dengan ilmu-ilmu kemahiran yang berguna untuk kelangsungan hidup mereka selepas keluar dari Darul Wardah kelak. 

Aktiviti hari minggu kali ini ialah membuat poskad dan popia bersama seorang sukarelawan, Cik Rahah Ramlan. Beliau datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk menyantuni adik-adik Darwa dengan aktiviti2 kemahiran utk memantapkan semula jatidiri dan harga diri insan bergelar wanita.

Terima-kasih daun keladi, semoga berjumpa lagi.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...